๐ฟ๐๐๐ก๐ค๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐จ๐๐๐ ๐๐ฃ
Bismillahirrahmanirrahim. Tiada untaian kata yang pantas diucapkan seorang hamba dan syukur kehadirat Allah subhanahu wa ta'ala, semoga rahmat dan karunia-Nya selalu menyertai setiap langkah-langkah kita dalam penghambaan kepada-Nya.
Tak lupa pula, shalawat serta salam tetap tercurahkan kepada manusia paling mulia, Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, keluarga, para sahabat, dan para pengikutnya yang selalu istiqamah dalam menjalankan risalahnya hingga akhir zaman.
๐ฟ๐๐๐ก๐ค๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐จ๐๐๐ ๐๐ฃ
Seorang warga emas ditanya, apakah yang beliau pelajarinya dari usianya yang lalu?
Beliau menjawab:
Aku belajar bahawa dunia ini adalah pinjaman yang akan dipulangkan.
Aku belajar bahawa orang yang dizalimi lambat laun akan mendapat haknya.
Aku belajar bahawa anak panah malam (doa dan munajat) tidak pernah tersasar.
Aku belajar bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa walaupun ketika leka.
Aku belajar bahawa kata-kata yang baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah adalah punca akhlak yang mulia.
Aku belajar bahawa orang yang paling kaya di dunia adalah yang memiliki kesehatan dan keamanan.
Aku belajar bahawa usia akan habis tetapi urusan dunia tidak akan habis.
Aku belajar bahawa siapa yang mahu kata-katanya didengari, perlu bersedia mendengar dari orang lain.
Aku belajar bahawa bemusafir dengan orang lain adalah pengukur paling tepat keaslian manusia.
Aku belajar bahawa orang yang sering berkata : akulah, akulah... sebenarnya kosong dari dalam dirinya.
Aku belajar bahawa emas akan kekal emas, manakala besi akan berubah dan berkarat.
Aku belajar bahawa semua manusia yang telah mati, mempunyai agenda dan perancangan yang tidak sempat dilaksanakan.
Aku belajar bahawa kita sering mengemas katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati 'mati kecil'.. namun sudahkah kita mengemas amalan kita dan menyejukkan kubur kita dengan ketaatan untuk kita menikmati 'mati besar'?
Berkata seorang soleh:
"Aku heran dengan manusia yang sering mengingatkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak mengingatkan tentang dosa yang boleh mengemban ke dalam api neraka"
Ingatlah kata-kata Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud Radhiyallahu Anhu:
ุฅَِّู ุงْูู ُุคْู َِู َูุฑَู ุฐُُููุจَُู َูุฃََُّูู ِูู ุฃَุตِْู ุฌَุจٍَู َูุฎَุงُู ุฃَْู ََููุนَ ุนََِْููู، َูุฅَِّู ุงَْููุงุฌِุฑَ َูุฑَู ุฐُُููุจَُู َูุฐُุจَุงุจٍ ََููุนَ ุนََูู ุฃَِِْููู
“Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (durhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya.”(HR Tirmizi No: 2497)
0 Response to "๐ฟ๐๐๐ก๐ค๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐จ๐๐๐ ๐๐ฃ"
Posting Komentar
Silahkan Berkomentar Dengan Bijak