KISAH LELAKI YANG LUPA MEMBACA SHOLAWAT KEPADA RASULULLAH ๏ทบ

Bismillรขhirrahmรขnirrahรฎm. Puji dan syukur kepada Allah subhรขnahu wata’รขla, Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Menganugerahkan pengetahuan kepada makhlukNya, 

Shalawat serta salam semoga selalu tercurahkan kepada Rasulullah yang tidak akan pernah habis teladan terpancar dari diri Beliau sampai akhir masa.

KISAH LELAKI YANG LUPA MEMBACA SHOLAWAT KEPADA RASULULLAH ๏ทบ

Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali meriwayatkan bahwa ada seorang lelaki yang lupa membaca sholawat kepada Rasulullah ๏ทบ Lalu pada suatu malam dia bermimpi melihat Rasulullah ๏ทบ tidak mau menoleh kepadanya, lalu dia bertanya: "Ya Rasulullah, apakah engkau marah kepadaku?" Rasulullah ๏ทบ menjawab: "Tidak" Beliau bertanya lagi: "Lalu sebab apakah engkau tidak memandangku?" Rasulullah ๏ทบ menjawab: "Kerana aku tidak mengenalmu" Lelaki itu bertanya lagi: "Bagaimana tidak mengenaliku? Sedangkan aku salah satu dari ummatmu. Para Ulama' meriwayatkan bahwa sesungguhnya engkau lebih mengenali ummatmu berbanding seorang ibu mengenali anaknya." Rasulullah ๏ทบ menjawab: "Mereka benar. Tetapi engkau tidak pernah mengingatiku dengan bershlawat. Padahal kenalku dengan ummatku menurut kadar bacaan sholawat mereka kepadaku." Terbangunlah lelaki itu dan mengharuskan dirinya untuk bersholawat kepada Rasulullah ๏ทบ setiap hari 100 kali. Beliau selalu melakukan itu hingga melihat Rosulullah ๏ทบ lagi didalam mimpinya. Dalam mimpinya tersebut, Rasulullah ๏ทบ bersabda: "Sekarang aku mengenalmu dan akan memberikan syafaat kepadamu." Yakni karena orang tersebut telah menjadi orang yang cinta akan Rasulullah ๏ทบ dengan memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah ๏ทบ Maka barangsiapa yang ingin dikenali Rasulullah ๏ทบ hendaklah ia perbanyakkan bacaan sholawat. (Kitab Mukasyafatul Qulub)

0 Response to "KISAH LELAKI YANG LUPA MEMBACA SHOLAWAT KEPADA RASULULLAH ๏ทบ "

Posting Komentar

Silahkan Berkomentar Dengan Bijak