Sihir Dan Gangguan Jin
Bismillahirrahmanirrahim. Tiada untaian kata yang pantas diucapkan seorang hamba dan syukur kehadirat Allah subhanahu wa ta'ala, semoga rahmat dan karunia-Nya selalu menyertai setiaplangkah-langkah kita dalam penghambaan kepada-Nya.
Tak lupa pula, shalawat serta salam tetap tercurahkan kepada manusia paling mulia, Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam, keluarga, para sahabat, dan para pengikutnya yang selalu istiqamah dalam menjalankan risalahnya hingga akhir zaman
Sihir Dan Gangguan Jin
Antara Tanda-Tanda Lain Gangguan Jin Atau Sihir
Tanda Ketika Jaga:
1. Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
2. Suara berubah ketika marah.
3. Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan.
4. Berjalan terhoyong-hayang.
5. Cara makannya menjijikkan.
6. Berpaling daripada membaca Al -Quran, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
7. Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran
8. Pening yang tidak dapat diubati oteh ubat-ubatan (biasa)
9. Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
10. Sakit kepala atau selalu terlupa ketika solat.
11. Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu. (tidak boleh fokus)
12. Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
13. Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
14. Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.
15. Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
16. Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.
17. Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau pelajarannya
18. Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
19. Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
20. Perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haid terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur
Tanda Ketika Waktu Tidur :
1. Mimpi yang menakutkan
2. Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh.
3. Bermimpi berjalan di atas air atau darah.
4. Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku.
5. Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
6. Kerap terjaga tidur di waktu malam.
7. Kerap mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus.
8. Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.
9. Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.
10. Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi ( lagi menakutkan).
11. Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
Berikut adalah antara penyebab seseorang itu disihir ialah:
1. Mungkin ada yang dengki dengan perniagaannya yang maju, atau kenaikan pangkat atau kejayaan.
2. Memutuskan pertunangan, mengakibatkan pasangannya ingin membalas dendam kerana mendapat malu atau rasa tercabar.
3. Rebutan harta pusaka.
4. Irihati, cemburu, buruk sangka dan lain-lain yang seumpamanya.
Tempat-Tempat Kediaman Jin Pada Tubuh Manusia
1. Kadangkala mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Dengan itu mereka yang didampingi jin tersebut suka melihat perkara-perkara maksiat, dan benci melihat perkara-perkara kebaikan. Kadangkala mereka juga tidak dapat bertentang mata dengan orang-orang yang soleh atau perawat.
2. Berada di telinga kanan dan kiri. Dengan itu, manusia yang telinganya telah diduduki Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
3. Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang sebegini amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
0 Response to "Sihir Dan Gangguan Jin"
Posting Komentar
Silahkan Berkomentar Dengan Bijak